Selasa, 4 Mei 2021

REKABENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


1.0 Pengenalan

    Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketerampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

2.0 Definisi Kurikulum 

    Kurikulum merupakan suatu sistem rencana dan pengaturan pembelajaran ilmu pengetahuan yang bertulis dan didokumenkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) dan merupakan satu reka bentuk ataupun perancangan sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Selain itu, kurikulum juga mengandungi isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang dimana pelajar akan memperoleh ilmu dan kefahaman dalam mengembangkan kmahiran serta mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah.

3.0  Definisi Penterjemahan

    Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.

4.0  Definisi Kurikulum Kebangsaan

    Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

5.0 Objektif Kurikulum Kebangsaan  

    👉 Garis panduan dan penentu sempadan ilmu

    👉 Penyampaian maklumat ikut peringkat   

    👉 Releven dan sesuai dengan kehendak semasa

    👉Membina modal insan abad ke-21

    👉 Melahirkan insan seimbang J.E.R.I

    👉Kurikulum yang sama - ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu

    👉Melahirkan insan yang sayang dan cintakan negara


6.0 RekaBentuk Kurikulum Kebangsaan 

    Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

  • Sebagai satu pelan/rancangan untuk tindakan satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini.
  • Kurikulum yang direka haruslah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak berlakunya kekeliruan ketika melakukan kurikulum tersebut.
  • Kurikulum kebangsaan yang direka ini adalah bersifat eklektik iaitu menggabungkan 3 orientasi reka bentuk iaitu:

            i) Kurikulum berpusatkan pelajar

            ii) Kurikulum berpusatkan akademik

            iii) Kurikulum berpusatkan masyarakat

Rajah 1: RekaBentuk Kurikulum Kebangsaan

Rajah 2: Penterjemahannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

    Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan. Oleh yang demikian, rekabentuk kurikulum kebangsaan wajar diaplikasi dan digunapakai oleh semua institusi pendidikan di Malaysia khususnya sekolah kerajaan dalam menetapkan dasar dan panduan ketika merangka aktiviti kurikulum sebelum dijalankan antara para guru dan murid agar dapat mencapai matlamat yang diinginkan sekaligus meningkatkan sistem pendidikan dan kurikulum Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

7.0 Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,nilai,   unsur   kebudayaan   dan   kepercayaan   yang   membantu   perkembangan   seseorang   muriddengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam danmempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

    7.1 Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan

Penterjemahan kurikulum kebangsaan mengandungi proses yang melibatkan empat komponen yang saling berhubung iaitu:

i) Asas pertimbangan pembinaan kurikulum ✅

  • Pembangunan Negara
  • Perkembangan Individu
  • Teori Pembelajaran
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Empat Rukun Pendidikan

ii) Peringkat Pelaksanaan Kurikulum ✅

  • Komponen matapelajaran wajib
  • Program-Program Khas

iii) Amalan Kurikulum Bilik Darjah ✅

  • Strategi pengajaran dan pembelajaran
  • Penilaian

iv) Hasil Pelaksaanaan Kurikulum ✅

  • Pembangunan Insan (Individu)
  • Pembangunan Negara
8.0 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) & Rancangan Pengajaran Harian (RPH)




Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT) 📚
  • Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mengandungi secara ringkas dan umum mengenai pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 📚
  • Rekod khas yang dirangka dan disediakan oleh para guru dengan lebih awal sebelum menjalankan sesi pengajaran & pembelajaran lebih awal di bilik darjah.
  • RPH juga sebagai panduan dan rujukan kepada para guru dalam menyampaikan PdP kepada murid dengan lebih efektif dan efesien serta teratur mengikut objektif yang telah ditetapkan dan ia perlu berdasarkan pengajaran tahunan.

Video RekaBentuk Kurikulum Kebangsaan Dan Penterjemahannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia 📼



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM,POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

  Pengertian Reka Bentuk Kurikulum Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya Penyata Razak disebarkan ke seluruh seko...