Ahad, 9 Mei 2021

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM,POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

 

Pengertian Reka Bentuk Kurikulum

Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya Penyata Razak disebarkan ke seluruh sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Agenis (1956) yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaran ini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini akan memastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti sampai dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di sekolah-sekolah. Ketirisan maklumat ketika proses penyebaran ini akan menyebabkan gangguan untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Rumusan anda tentang pengertian reka bentuk kurikulum: Apa yang diajar oleh tenaga pengajar bukan sekadar diterima pakai tetapi dikongsikan bersama dari suatu masa ke suatu masa yang lain kerana ilmu tidak akan habis.



TOKOH


Ralph Tyler (1949)

Model Tyler atau Model Objektif-Rasional dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab.

Empat soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai Tyler’s Rationale tersebut adalah:

1. What educational purposes should the school seek to attain?

2. What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?

3. How can these educational experiences be effectively organized?

4. How can we determine whether these purposes are being attained?

 

Hilda Taba (1962)


-          Model kurikulum rasional/objektif

-          Menekankan proses pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

-          Menggunakan pendekatan grass-roof iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.

-          Logik linear : Tujuan ditentukan > Cara diusahakan > Matlamat ditetapkan.

 

Stenhouse (1975)


Mengaplikasikan tiga prinsip iaitu :

-          Prinsip pemilihan kandungan ( apa yang diajar dan dipelajari?)

-          Prinsip pembentukan strategi pengajaran ( bagaimana patut diajar dan dipelajarah?)

-          Prinsip menentukan susunan pengajaran.

 

Zais (1976)

Model ini menuntut sejumlah guru dalam satu sekolah untuk mengoranisasikan dirinya dalam memperbaharui kurikulum. Staf pengajara bekerja dlm bentuk organisasi berstruktur atau bekerja sendiri-sendiri. Dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu skala kecil untuk diaplikasikan oleh para pengajar yang lain.

 

 

ANALISIS ORIENTASI & POLA REKA BENTUK KURIKULUM




Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

i. Kurikulum berorientasi pelajar

-          Fokus kepada potensi murid

-          Pengajaran mengikut minat murid

-          Organisasi kurikulum berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman pelajar (minat, keperluan, tujuan)

-          Pembinaan insan

-          Bersifat terbuka kepada murid untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum

-          Contoh:

o   Kurikulum Sekolah Sukan

o   Kurikulum Sekolah Seni

 

ii. Kurikulum berorientasikan akademik

-          Menekankan pengetahuan, nilai, dan warisan budaya

-          Berorientasikan kepada subjek dan pengetahuan

-          Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek

-          Kurikulum berpusatkan isi kandungan

-          Pengajaran berfokus melibatkan proses mengingat dan memahami

-          Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut topik)

-          Susunan:

o   Menegak: ikut tahap kesukaran, mudah → sukar

o   Mendatar: hubungan antara disiplin ilmu

-          Contoh:

o   Reka bentuk mata pelajaran pelbagai

o   Reka bentuk disiplin

o   Reka bentuk ‘Broad Field

o   Reka bentuk korelasi


iii. Kurikulum berorientasikan masyarakat/ masalah

-          Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat

-          Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama & ada konflik

-          Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial/persekitaran:

o   Mendatar: merentas pelbagai disiplin ilmu.

o   Menegak: keupayaan selesaikan masalah.

o   Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL) dengan mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial & alam sekitar

-          Contoh:

o   Menggunakan masalah semasa yang dihadapi masyarakat dalam pembelajaran untuk menarik perhatian.

 

iv. Kurikulum Eklektik

-          Gabungan keseluruhan kurikulum: reka bentuk kurikulum yang berorientasikan murid, akademik, dan masyarakat

-          Contoh:

o   Ilmu dan keterampilan

o   Potensi individu menangani masalah

 

 

 

Pola Reka Bentuk Kurikulum


i. Kurikulum Sebagai Perancangan

-          Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik

-          Pendidik mesti mentafsir, menterjemah, dan melaksanakan kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan pengajaran

-          Rancangan pengajaran pula berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

-          Contoh:

o   Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) merupakan rancangan pengajaran guru secara tahunan

o   DSKP yang digunakan untuk mata pelajaran

o   Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai panduan melaksanakan pengajaran

 

ii. Kurikulum Sebagai Objektif

-          Objektif ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat Pendidikan

-          Contoh:

o   Matlamat/ objektif mata pelajaran

o   Standard Pembelajaran

 

iii. Kurikulum Sebagai Proses

-          Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan, dan pengetahuan.

-          Contoh:

o   Aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan kaedah interaksi antara murid, guru, bahan, dan pengetahuan.

 

 

iv. Kurikulum Sebagai Hasil/ Outcome

-          Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara

-          Contoh: Keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif, dan psikomotor

 

 

RUJUKAN

Zaini Abdullah. (2021). Modul Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM,POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

  Pengertian Reka Bentuk Kurikulum Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya Penyata Razak disebarkan ke seluruh seko...