Sabtu, 8 Mei 2021

APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN MURID-MURID

                                

PENGENALAN

Model Kurikulum Tyler merupakan salah satu model kurikulum atau model rasional yang dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah uantuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum, mereka memerlukan empat persoalan asas iaitu:

  1.   Apakah tujuan Pendidikan yang hendak dicapai?
  2.   Apakah bentuk pengalaman pendidikan yang membolehkan tujuan pendidikan dicapai?
  3.   Bagaimanakah pengalaman dapat diolah secara berkesan?
  4.   Bagaimanakah dapat dipastikan tujuan Pendidikan telah dicapai?

 


Rajah 1: Persoalan asas dan komponen yang digunakan dalam Model Kurikulum Tyler

Persoalan di atas merangkumi empat komponan yang penting iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Menurut Tyler, tujuan atau objektif diperoleh daripada pelajar, masyarakat dan mata pelajaran yang diajar. Objektif umum ini seterusnya dihalusi dan ditapis iaitu melalui falsafah sekolah dan psikologi sekolah. Model Kurikulum Tyler merupakan Kurikulum yang terawal yang digunakan dalam perkembangan Kurikulum di Malaysia. Model Kurikulum Tyler sangat berbeza dengan model yang lain iaitu Model Objektif Taba dengan Model Proses Stenhouse.

Rajah 2: Perbezaan antara Model Kurikulum

DEFINISI PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan, penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran mereka.

Menurut Tyler, pemilihan isi kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknik pengajaran yang kreatif untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di samping dapat menarik minat kepada subjek yang diajar. Hal ini dapat memotivasikan pelajar untuk mempelajari subjek dengan lebih mendalam.

Dalam Model Kurikulum Tyler, terdapat beberapa ciri-ciri pengalaman pembelajaran yang ditekan oleh Tyler.

  •          Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.
  •          Kesinambungan: pengulangan menegak dari segi unsur-unsur penting kurikulum.
  •          Urutan: kaitan dengan kesimpulan. Ia menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berdasarkan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.
  •          Integrasi: perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh untuk menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara berunsur dan menentukan bahawa tingkah laku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.
  •          Pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran.
  •        Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Mungkin dalam satu pengalaman dapat mencapai tujuan yang berbeza. 


Ciri-ciri ini sangat penting kerana Tyler menyarankan agar pemilihan pengalaman pembelajaran dilakukan dengan mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang dipelajari atau situasi pembelajaran yang dialami. Perkembangan pendidikan di Malaysia yang dilakukan berdasarkan Model Kurikulum Tyler banyak merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.Pelbagai pelaksanaan yang dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan di Malaysia.

Kesimpulan, Model Kurikulum Tyler banyak digunakan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia bagi membina pengalaman pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Dengan itu, murid-murid dapat mengolahkan pengalaman pembelajaran yang dihadapi sebagai satu cabaran yang dapat dihadapi.

Link Video Youtube Aplikasi Model Kurikulum Tyler Ke Arah Membina Pengalaman Pembelajaran dalam Kalangan Murid-murid. 

https://youtu.be/fhPwSg4YS1k 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM,POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

  Pengertian Reka Bentuk Kurikulum Kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya Penyata Razak disebarkan ke seluruh seko...