Pengertian
Reka Bentuk Kurikulum
Kurikulum
yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya Penyata Razak disebarkan
ke seluruh sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Agenis (1956) yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaran ini ialah Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini
akan memastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum yang dibentuk mesti
sampai dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada
guru-guru di sekolah-sekolah. Ketirisan maklumat ketika proses penyebaran ini
akan menyebabkan gangguan untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Rumusan anda
tentang pengertian reka bentuk kurikulum: Apa yang diajar oleh tenaga pengajar
bukan sekadar diterima pakai tetapi dikongsikan bersama dari suatu masa ke
suatu masa yang lain kerana ilmu tidak akan habis.
TOKOH
Ralph Tyler (1949)
Model Tyler atau Model Objektif-Rasional
dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang
perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk kurikulum,
terdapat empat soalan asas yang perlu dijawab.
Empat
soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai Tyler’s Rationale tersebut adalah:
1. What
educational purposes should the school seek to attain?
2. What
educational experiences can be provided that are likely to attain these
purposes?
3. How can
these educational experiences be effectively organized?
4. How can
we determine whether these purposes are being attained?
Hilda Taba (1962)
-
Model kurikulum
rasional/objektif
-
Menekankan proses
pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
-
Menggunakan pendekatan grass-roof
iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.
-
Logik linear : Tujuan
ditentukan > Cara diusahakan > Matlamat ditetapkan.
Stenhouse (1975)
Mengaplikasikan tiga prinsip iaitu :
-
Prinsip pemilihan
kandungan ( apa yang diajar dan dipelajari?)
-
Prinsip pembentukan
strategi pengajaran ( bagaimana patut diajar dan dipelajarah?)
-
Prinsip menentukan
susunan pengajaran.
Zais (1976)
Model ini menuntut sejumlah guru dalam
satu sekolah untuk mengoranisasikan dirinya dalam memperbaharui kurikulum. Staf
pengajara bekerja dlm bentuk organisasi berstruktur atau bekerja
sendiri-sendiri. Dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu
skala kecil untuk diaplikasikan oleh para pengajar yang lain.
ANALISIS ORIENTASI & POLA REKA BENTUK KURIKULUM
Orientasi Reka Bentuk Kurikulum
i. Kurikulum berorientasi pelajar
-
Fokus kepada potensi
murid
-
Pengajaran mengikut minat
murid
-
Organisasi kurikulum
berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman pelajar (minat, keperluan,
tujuan)
-
Pembinaan insan
-
Bersifat terbuka kepada
murid untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum
-
Contoh:
o Kurikulum
Sekolah Sukan
o Kurikulum
Sekolah Seni
ii. Kurikulum berorientasikan akademik
-
Menekankan pengetahuan,
nilai, dan warisan budaya
-
Berorientasikan kepada
subjek dan pengetahuan
-
Fokus kepada pengetahuan
bagi membangunkan intelek
-
Kurikulum berpusatkan isi
kandungan
-
Pengajaran berfokus
melibatkan proses mengingat dan memahami
-
Diajarkan secara
terpisah-pisah (mengikut topik)
-
Susunan:
o Menegak:
ikut tahap kesukaran, mudah → sukar
o Mendatar:
hubungan antara disiplin ilmu
-
Contoh:
o Reka
bentuk mata pelajaran pelbagai
o Reka
bentuk disiplin
o Reka
bentuk ‘Broad Field’
o Reka
bentuk korelasi
iii. Kurikulum berorientasikan masyarakat/ masalah
-
Berdasarkan kepada
kesejahteraan masyarakat
-
Berasaskan pemikiran bahawa
manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama & ada konflik
-
Isi kurikulum berupa
masalah-masalah sosial/persekitaran:
o Mendatar:
merentas pelbagai disiplin ilmu.
o Menegak:
keupayaan selesaikan masalah.
o Pengajaran
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL) dengan mengintegrasikan
antara subjek dengan masalah kehidupan sosial & alam sekitar
-
Contoh:
o Menggunakan
masalah semasa yang dihadapi masyarakat dalam pembelajaran untuk menarik
perhatian.
iv. Kurikulum Eklektik
-
Gabungan keseluruhan
kurikulum: reka bentuk kurikulum yang berorientasikan murid, akademik, dan
masyarakat
-
Contoh:
o Ilmu
dan keterampilan
o Potensi
individu menangani masalah
Pola Reka Bentuk Kurikulum
i. Kurikulum Sebagai Perancangan
-
Kurikulum yang dibentuk
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk dilaksanakan oleh
setiap pendidik
-
Pendidik mesti mentafsir,
menterjemah, dan melaksanakan kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan pengajaran
-
Rancangan pengajaran pula
berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang
juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.
-
Contoh:
o Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) merupakan rancangan pengajaran guru secara tahunan
o DSKP
yang digunakan untuk mata pelajaran
o Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) sebagai panduan melaksanakan pengajaran
ii. Kurikulum Sebagai Objektif
-
Objektif ditetapkan
selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang
berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat Pendidikan
-
Contoh:
o Matlamat/
objektif mata pelajaran
o Standard
Pembelajaran
iii. Kurikulum Sebagai Proses
-
Bukan bersifat fizikal
tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan, dan pengetahuan.
-
Contoh:
o Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran merupakan kaedah interaksi antara murid, guru,
bahan, dan pengetahuan.
iv. Kurikulum Sebagai Hasil/ Outcome
-
Kurikulum yang dapat melahirkan
insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani,
dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara
-
Contoh: Keberhasilan
pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif, dan psikomotor
RUJUKAN
Zaini Abdullah. (2021). Modul
Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.